7 Rahsia Sentiasa Nampak Awet Muda


Adakah wajah anda menggambarkan usia anda yang sebenar? Jika anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar, pasti ia sesuatu yang merunsingkan.
Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi antara penyebab wajah seseorang nampak lebih berusia. Stress dan tekanan juga boleh membuatkan seseorang yang baru berusia 30an tetapi dah nampak macam 50an.

Jika anda tergolong dalam kategori yang kelihatan lebih berusia berbanding umur sebenar anda, dah sampai masa untuk anda lakukan perubahan. Kami akan kongsikan beberapa tips atau rahsia untuk anda ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda.
7 Rahsia Sentiasa Nampak Awet Muda
1)Minum Air Secukupnya – Amalan meminum air suam atau air putih secukupnya membantu membuatkan kulit nampak lembab dan segar. Malah badan anda juga akan rasa lebih bertenaga dan sihat. Air membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan selain membantu mengelak dari berlakunya dehidrasi.
2) Pemakanan Seimbang – Untuk memastikan badan sentiasa kekal sihat dan cergas, penting untuk anda jaga pemakanan. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan berserat tinggi juga penting. Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin agar kulit tidak kelihatan kusam
3) Elak Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam – Makanan yang terlalu masin atau tinggi kandungan garam jika diambil selalu akan membuatkan kulit cepat kering dan kelihatan kusam. Malah ada kajian yang menunjukkan, pengambilan garam secara berlebihan akan membuatkan kulit mudah berkedut. Jadi sebolehnya elakkan makanan segera (junk food) yang memang tinggi kandungan garam.
4)Kurangkan Pengambilan Minuman Berkarbonat – Seperti juga garam, gula yang berlebihan juga tidak elok. Pengambilan gula yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan kulit. Memandangkan minuman berkarbonat tinggi dengan kandungan gula, kami syorkan agar anda kurangkan pengambilannya.
5) Senaman – Bersenam! Tidak kira berapa pun usia anda, anda haruslah bersenam mengikut kemampuan. Dengan bersenam, badan akan mengeluarkan peluh dan proses ini akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih bermaya. Malah senaman juga dapat melancarkan pengaliran darah untuk membuatkan anda lebih sihat dan rasa lebih bertenaga.
6) Waktu Rehat Yang Mencukupi – Badan perlukan rehat begitu juga dengan minda. Sesibuk mana anda sekalipun, anda perlu berehat. Bila anda berehat, badan dapat menjana semula tenaga yang hilang. Rehat yang mencukupi akan membuatkan anda nampak lebih segar dan dapat mengelak dari wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya.
7) Berfikiran Positif – Cara anda berfikir juga boleh memberi impak kepada tahap kesihatan anda. Untuk kelihatan awet muda, anda perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang sihat. Bila anda berfikir secara positif, anda akan sentiasa tenang dan tersenyum. Ini akan membantu elak tekanan dan stress.
Semoga 7 Rahsia Sentiasa Nampak Awet Muda yang kami kongsikan ini akan membantu anda untuk kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
sumber tokeinfo.com

Suka dengan ini?
|

loading...
loading...