Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali



Peralatan memasak seperti periuk dan kuali perlu penjagaan yang betul agar ia tidak mudah berkarat. Bila dah berkarat, pasti sudah tidak dapat digunakan lagi. Terpaksalah beli yang baru. Membazir sahaja kan, kalau kerap kali kena berganti periuk dan kuali yang baru.


Jangan risau, kami di Nota Wanita akan kongsikan beberapa tips untuk menghilangkan kesan karat pada periuk dan kuali anda dengan mudah.
Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali
1)Asam Jawa – Ambil sedikit asam jawa dan gosokkan pada permukaan periuk atau kuali yang mempunyai kesan karat. Teruskan menggosok sehingga hilang kesan karat tersebut. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Ulangi proses ini sekiranya kesan karat tersebut sukar hilang.
2) Air dan Soda Bikarbonat – Campurkan sedikit air dan soda bikarbonat kemudian sapukan ke atas kesan karat pada kuali atau periuk. Biarkan hingga kering untuk beberapa jam. Selepas itu barulah cuci periuk atau kuali hingga bersih. Penggunaan air dan soda bikarbonat sangat sesuai untuk menghilangkan kesan hangus akibat penggunaan api yang terlalu besar.
3) Sos Tomato – Mungkin ramai yang tidak tahu tentang tips ini. Penggunaan sos tomato pun berkesan untuk menghilangkan kesan karat. Caranya anda perlu sapukan sedikit sos tomato di atas kesan karat dan biarkan selama beberapa jam. Selepas itu gosokkan sedikit dengan span dan cuci periuk tersebut seperti biasa.
4) Kulit Kentang – Selepas ini jangan buang sahaja kulit kentang yang telah anda kupas. Anda boleh gunakan kulit kentang tersebut untuk bersihkan periuk dan kuali anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah, letakkan kesemua kulit kentang yang telah dikupas ke dalam periuk atau kuali yang ingin anda bersihkan. Kemudian isikan dengan air dan letakkan di atas api. Biarkan air mendidih. Kacau sedikit. Selepas itu tutup api dan bila dah sejuk, bersihkan periuk seperti biasa. Kesemua kesan kerak akan tanggal dengan sendirinya.
5) Garam dan Cuka – Satu lagi cara untuk menghilangkan kesan karat adalah dengan menggunakan campuran garam dan cuka. Anda hanya perlu sapukan pada kesan karat dan biarkan sehingga kering. Selepas itu barulah anda cuci periuk atau belanga tersebut seperti biasa.
Semoga artikel Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali dapat membantu anda untuk memiliki periuk dan kuali yang dapat kekal bersih untuk tempoh yang lebih lama.
sumber notawanita.com

Suka dengan ini?
|

loading...
loading...