Jual Cendol Tapi Pendapatan Mengalahkan CEO



KISAH mengenai penjual cendol ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook tempatan, Baharuddin Mohamed dari Muar, Johor.

cde
Penjual cendol dikenali sebagai Haji Ali oleh penduduk sekitar daerah itu, menjalankan perniagaan penjualan cendol sejak 4 tahun lalu selepas bersara.

Warung Haji Ali terletak di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar.
Tiga daripada anak Haji Ali turut mengikut jejak langkahnya menjadi peniaga walaupun mempunyai kelulusan ijazah, sekali gus sudah pasti ada keistimewaannya di situ.
12512658_10209234023998206_5304968640203376417_n
12936707_10209234024558220_5921730012618403321_n
Menurut Baharuddin, Haji Ali mampu jual lebih 500 mangkuk cendol sehari. Itu tidak termasuk pelanggan yang beli secara bungkus.
“Dia tak cakap dengan saya berapa dia dapat. Tapi anda pun boleh kira sendiri. Kalau sebulan boleh dapat 10 ribu ringgit jual cendol je, kenapa tak percaya kan..” tulis Baharuddin.
Di bawah, antara tip kejayaan Haji Ali yang dikongsikan:
vds
Sesungguhnya Allah telah menyatakan dalam Al-Quran melalui surah Al-Baqarah ayat 212 yang bermaksud: “Dan Allah akan memberikan rezeki kepada orang yang dikehendakinya tanpa batas.”
Para pembaca yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan bolehlah ikut tip-tip yang telah dikongsikan oleh Haji Ali bagi meraih keuntungan besar meskipun perniagaan nampak ‘biasa-biasa’ sahaja.
sumber siakapkeli.my

Suka dengan ini?
|

loading...
loading...