Kenapa Paksa Anak Berpuasa Bukan Bersolat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kenapa Paksa Anak Berpuasa Bukan Bersolat.Tertarik saya nak kongsikan perkara ni bila dapat dari kawan. Saya bukanlah ustaz nak cerita panjang lebar tentang bab agama. Cuma sekadar perkongsian ilmu dibulan Ramadhan yang mulia ini. Ramai antara kita ibu bapa yang berasa bangga bila anak-anak mereka berpuasa penuh pada bulan ramadhan. Anak-anak yang saya maksudkan ini adalah anak-anak kecil yang berusia 7 tahun ke bawah, bukan yang masih bayi yea.

Kenapa Paksa Anak Berpuasa Bukan Bersolat, solat anak, puasa anak,
Kenapa Paksa Anak Berpuasa Bukan Bersolat
Sepatutnya anak-anak diusia ini diberi galakan supaya bersolat dengan menunaikan solat diawal-awal waktu. Rasulullah SAW pun minta kita didik anak-anak bersolat pada usia 7 tahun dan merotani mereka pada usia 10 tahun jika masih tidak mahu bersolat.

Galakan Anak Berpuasa dan Bersolat Bukan Memaksa
Sebagai ibu bapa kita boleh galakkan anak-anak kecil berpuasa. Tak salah jika mereka nak puasa. Bagus sebagai latihan untuk mereka, tetapi jangan sampai memaksa mereka.

Kadang-kadang ada anak-anak yang tidak tahan berlapar kerana sifat dan badan mereka yang memang kita tahu mereka suka makan dan tak boleh lapar. Jika mereka boleh tahan lapar, tidak menjadi masalah untuk mereka belajar berpuasa sejak dari usia ini lagi.

Antara ayat-ayat yang biasa kita dengar dari ibu bapa yang memaksa anak-anak berpuasa adalah begini:-

"Kalau tak puasa tak dapat duit raya tahun ini".

"Kalau tak puasa tak dapat baju raya" dan macam-macam lagi ugutan yang diberikan kepada anak-anak.

Pada saya, kita sebagai ibu bapa kena bagi galakan kepada anak-anak tentang kelebihan puasa seperti...

"Allah suka kepada orang-orang yang berpuasa".

"Boleh berpuasa jika nak rasa kesusahan orang-orang miskin yang tidak ada makanan berlapar setiap hari".

"Boleh puasa sekerat hari dulu masa kecil ni. Bila dah besar tahun depan-depan baru boleh puasa penuh setiap hari".

"Boleh puasa jika larat, jika tak larat boleh buka, adik tak apa tak puasa penuh lagi sebab masih kecil".

Ini antara ayat-ayat yang boleh ibu bapa gunakan untuk memberi galakan kepada anak-anak dalammendidik anak-anak berpuasa pada masa kecil.

Sepatutnya di usia kecil seperti ini anak-anak disuruh bersolat.

Saya suka petik kata-kata Ustaz Dato' Abu Hassan Din diatas. Yang mana beliau berkata " Yang saya sedih apabila masuk bulan Ramadhan ada di kalangan ibu bapa paksa anaknya yang berusia 7 tahun berpuasa..Sedangkan Nabi SAW suruh anak yang berusia 7 tahun bersembahyang bukan puasa. Ada tak kita jumpa orang yang bersembahyang tapi tak puasa? Tiadakan.. Tapi kita biasa jumpa orang yang puasa tapi tak bersembahyang. Sebab tu Nabi SAW suruh paksa anak 7 tahun bersembahyang sebab nanti bila besar automatik dia akan puasa".

Memang benarlah ajaran Rasulullah SAW kepada kita semua agar anak disuruh bersolat pada usia 7 tahun dan marah dengan cara mendidik mereka dengan merotani mereka pada usia 10 tahun jika masih tidak bersolat. Sesungguhnya Islam itu indah. Kita hanya perlu ikut apa yang Allah SWT perintahkan melalui Rasulullah SAW pasti kita akan selamat.

Selamat mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik yang ditunjuki oleh Rasulullah SAW.

Anak-anak soleh dan solehah adalah permata setiap ibu bapa yang beriman.

Suka dengan ini?
|

loading...
loading...