Jawapan Ini Untuk Wanita Yang Masih Ragu Potong Kuku Ketika Haid


(**)Saya ada mendengar ustaz memberitahu bahawa orang perempuan yang sedang haid tidak boleh memotong kuku dan rambutnya. Betulkah begitu? Bagaimana pula jika kukunya sudah terlalu panjang dan mungkin banyak kekotoran yang boleh melekat dalam kukunya? Mohon penjelasan Ustaz.

(**)Jawapan:

(**)Perbuatan memotong kuku dan rambut tidak memerlukan syarat khusus seperti suci dari hadath kecil atau besar. Bahkan ia adalah perbuatan yang sangat digalakkan dalam Islam atas nama menjaga kebersihan.

(**)Secara amnya tiada larangan khusus dari Al-Quran atau Al-Hadith tentang perbuatan memotong kuku dan rambut bagi perempuan yang sedang haid. Bahkan keharusannya adalah disepakati dalam empat mazhab yang utama.

(**)Dr. Wahbah Az-Zuhaili sendiri merakamkan dalam kitabnya yang terkenal Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu bahawa tidak makruh pun bagi seseorang yang berjunub atau dalam keadaan haid atau nifas untuk menggunting rambut dan memotong kukunya sebelum daripada suci dan mandi wajib.

(**)Jadi, ini jelas bahawa wanita haid boleh memotong kuku dan rambutnya ketika haid. Perintah menjaga kebersihan itu adalah lebih utama untuk dititikberatkan dan dijaga.

(**)Oleh: Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz (Pendakwah/ Motivator/ Penasihat Kewangan Islam)
via http://mediasosialkini.blogspot.co.id/

Suka dengan ini?
|

loading...
loading...